Khamis, 28 Januari 2016

TM dan P1 Berkerjasama dengan Celcom untuk Perkongsian Infrastruktur.

Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1), anak syarikat terbaru Telekom Malaysia Berhad (TM) bakal berkerjasama dengan Celcom Axiata Berhad untuk penyediaan liputan rangkaian domestik. Ia juga membolehkan Celcom untuk mendapatkan akses kepada kemudahan dan infrastruktur rangkaian TM.

Dalam kenyataan bersama Celcom dan TM, perjanjian kerjasama itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan TM, Tan Sri Zamzairani Mohd Isa, Pengerusi P1, Chan Cheong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Perkembangan ini juga bakal menyaksikan Celcom berupaya untuk memperkembangkan lagi liputan dan keupayaan rangkaian sedia ada sebagai tambahan kepada rangkaian LTE terkini.

Bagi TM, perjanjian ini tidak memberi kesan kepada pendapatan dan aset semasa TM namun ia dijangka mampu memberi sumbangan yang positif pada masa hadapan.

Sumber: The Edge Malaysia 

Ahad, 17 Januari 2016

4G LTE | Hero Postpaid

U Mobile memperkenalkan produk terbaru Hero Postpaid P70, satu-satunya pelan pada masa ini yang memperkenalkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan 7GB data internet pantas berkelajuan tinggi 4G LTE.

Anda boleh menaiktaraf rangkaian anda sebelum 30 June 2016 untuk menikmati panggilan dan internet percuma.

Jumaat, 8 Januari 2016

4G LTE | Maxis no. 1 4G LTE

Maxis mahu membuktikan mereka adalah no. 1 bagi rangkaian 4G LTE di Malaysia. Antara kelebihan 4G Maxis setakat ini.

  • Melayari strim video Youtube dengan lancar (96% untuk HD dan 98% untuk SD).
  • Kelajuan purata 20Mbps.
  • 71% liputan 4G seluruh negara.
  • 62% liputan 4G seluruh negara dengan kekuatan signal -98dBm.
  • Syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang melancarkan teknologi LTE-Advanced yang menawarkan kelajuan sehingga 225Mbps

Khamis, 7 Januari 2016

4G LTE | Celcom 4GLTE Internet Tanpa Henti

Celcom dijangka akan melancarkan pakej internet 4G LTE terbaru untuk membuktikan statusnya sebagai rangkaian no. 1 di Malaysia. Sama-sama kita nantikan..


Selasa, 5 Januari 2016

4G LTE | Buat semuanya dengan laju

Hotlink kini menawarkan pelan Hotlink FAST Baharu dan anda boleh buat semuanya dengan laju. Samada anda nak layan Youtube, melayari internet, strim, berkongsi di laman sosial atau apa sahaja.

Anda pasti akan menikmati pengalaman rangkaian 4G LTE yang padat dengan kehebatan.

Pek permulaan kini dijual dengan harga RM15 dan disertakan dengan kredit RM5, 300MB data dan tempoh sah selama 5 hari.

Untuk menikmati lebih internet, anda boleh melanggan pas-pas internet FAST 500MB, 2GB atau 4GB dengan kuota khas 4G LTE untuk rangkaian 4G LTE.

Habis kuota? Jangan risau. Anda boleh dapatkan add-on internet FAST hanya dengan RM12/1GB.