Khamis, 28 Januari 2016

TM dan P1 Berkerjasama dengan Celcom untuk Perkongsian Infrastruktur.

Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1), anak syarikat terbaru Telekom Malaysia Berhad (TM) bakal berkerjasama dengan Celcom Axiata Berhad untuk penyediaan liputan rangkaian domestik. Ia juga membolehkan Celcom untuk mendapatkan akses kepada kemudahan dan infrastruktur rangkaian TM.

Dalam kenyataan bersama Celcom dan TM, perjanjian kerjasama itu telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan TM, Tan Sri Zamzairani Mohd Isa, Pengerusi P1, Chan Cheong, dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata, Datuk Seri Shazalli Ramly.

Perkembangan ini juga bakal menyaksikan Celcom berupaya untuk memperkembangkan lagi liputan dan keupayaan rangkaian sedia ada sebagai tambahan kepada rangkaian LTE terkini.

Bagi TM, perjanjian ini tidak memberi kesan kepada pendapatan dan aset semasa TM namun ia dijangka mampu memberi sumbangan yang positif pada masa hadapan.

Sumber: The Edge Malaysia 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan